Adapter Charger Lenovo G400S (USB connector)

Adapter Charger Lenovo G400S (USB connector)











Jenis Laptop: Lenovo G400S

Jenis Adapter: Original Equipment Manufactured (OEM)

Saiz :USB connector

Output Voltage (s):
19 V


Compatible Brand:
For lenovo


Output Current:
4.7 A


Max:
65 W



Bukan refurbish,bukan 2nd hand,bukan tipu




Kami menyediakan khidmat POS Adapter Charger ke tempat anda
di sekitar seluruh dunia
Sama ada di pejabat atau di rumah anda.
McDonalds, Pertronas, Caltex, atau di mana-mana sahaja, janji anda berpuas hati!

Apakah ciri adapter yang sesuai untuk laptop anda?




Jika anda menghadapi masalah pada adapter laptop anda, semestinya ianya amat mengganggu kerja anda bukan. Tapi tahukah anda power adapter boleh merosakkan laptop anda jika anda tidak mengambil kira kuasa yang disalurkan kepada laptop anda. 

Bagaimana power adapter boleh merosakkan laptop anda

Setiap laptop mempunyai kadar voltan atau aliran arus elektrik yang sesuai baginya. Tidak semua laptop mempunyai kadar voltan atau aliran elektrik yang sama. Bagi laptop yang kecil, kadar voltan dan arus elektriknya lebih kecil daripada yang besar. Maksudnya di sini semakin besar sesebuah laptop itu, makin besarlah kapasiti voltage yang di perlukan.

Perkara ini disebabkan setiap kompenen yang berada didalam sebuah laptop itu mempunyai kadar voltan yang telah di khususkan. Jika ianya disalurkan dengan voltan dan arus elektrik yang lebih, ia akan rosak. Jika kurang disalurkan voltan dan arus elektrik, ia tidak akan berfungsi.

Akibat dari salah pilih adapter
-LCD/LED screen akan mudah rosak
-Hard Disk Driver (HDD) lagging atau tersekat-sekat
-Chipset mudah rosak
-Motherboard mudah terbakar
-Ram tidak boleh berfungsi dengan sempurna
-Bateri akan mudah rosak

Universal adapter vs Original/Replacement adapter

Universal adapter merupakan adapter yang boleh dilaras mengikut kadar voltan dan arus elektrik yang anda mahukan. Ia juga mempunyai connecter yang pemboleh ubah mengikut laptop anda. Namun ianya agak kurang selamat digunakan kerana, apabila sudah lama digunakan, pelaras voltan itu akan menjadi rosak dan boleh memberi efek kepada laptop anda.

Tidak seperti Original/Replacement adapter, kadar voltan dan arus elektrik-nya sudah ditetapkan dan tidak boleh di ubah. Ia lagi selamat untuk digunakan untuk jangka masa yang panjang.


Universal adapter


Replacement adapter

Dari sini pentingnya bagi anda untuk memiliki power adapter yang betul-betul bersesuaian dengan laptop anda. Elakkan dari mengguna Universal power adapter. Kerana voltan yang disalurkan tidak menentu. Gunakan power adapter yang khusus bagi laptop anda, agar laptop anda mendapat punca kuasa yang sesuai dengannya.

Hubungi saya..




Anda pengguna harus menjadi bijak untuk mendapatkan power adapter yang terbaik bagi laptop anda. Jangan kerana salah memilih adapter untuk laptop anda, anda terpaksa mengeluarkan wang yang besar untuk membaiki laptop anda yang rosak akibat dari kesilapan yang kecil. Kami OK Computer Solution perihatin tentang laptop anda.







Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.




Kenali Cara untuk Mengetahui Model Laptop Anda

Kenali Cara untuk Mengetahui Model Laptop Anda

[Pentingnya Mengetahui Model Penuh Laptop Anda]
Dengan model penuh laptop, kita dapat cek dengan lebih tepat spesifikasi setiap komponen yang diguna pakai. Untuk laptop jenama Acer, tak semestinya semua mempunyai jenis skrin, keyboard, charger yang sama. Sebagai contoh, untuk model penuh Acer Aspire 4736, skrinnya adalah dari jenis LED 14.0 Normal, manakala Acer Aspire 4810T Timeline menggunakan skrin berjenis LED 14.0 Slim. Kesimpulannya, setiap model berbeza saiz, jenis dan harga di pasaran.
Jom kenal pasti model penuh laptop anda.

Artikel ini adalah untuk menerangkan bagaimana nak mengetahui model laptop anda. Dengan model penuh laptop, kita dapat cek dengan lebih tepat spesifikasi setiap komponen yang diguna pakai oleh sesebuah laptop.

Untuk laptop jenama Acer, tak semestinya semua mempunyai jenis skrin, keyboard, charger yang sama. Sebagai contoh, untuk model penuh Acer Aspire 4736, skrinnya adalah jenis LED 14.0 Normal, manakala Acer Aspire 4810T Timeline menggunakan skrin jenis LED 14.0 Slim. Kesimpulannya, setiap model berbeza saiz, jenis dan harga.


Anda boleh kenali model penuh laptop anda dengan hanya melihat pada bahagian bawah laptop seperti contoh di bawah :


Model penuh : Acer Aspire 5750


Model penuh : Asus K50I


Model Penuh : Sony PCG-7A2L


Model penuh : Toshiba Satellite L45


Ada juga sesetengah jenama laptop mempunyai nombor model di sebelah depan laptop. Contohnya seperti berikut :


Model penuh : Acer Aspire 5750


Model penuh : Dell Latitude E6410

Selain itu, kebanyakan laptop mini pula seperti asus eee pc, hp mini dan lain-lain mempunyai nombor model pada sebelah bawah bateri. Kebiasaannya anda kena cabut dulu bateri tersebut baru boleh nampak model penuh seperti contoh di bawah :


Laptop yang sudah ditanggalkan bateri


Model penuh : Hp Mini 110-3130TU

Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang model laptop, how to know laptop model, laptop model, ok, ok computer, computer solution, ok computer solution

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Bagaiamakah cara menyimpan adapter Mac

[ Bagaimanakah Menyimpan Adapater MAC ]

Assalamualaikum..seperti biasa bertemu lagi kita hari ini saya Sadhri Hamdan Pakar Adapter Laptop ada..

Sebelum ini saya berkongsi tentang cara untuk menyimpan adapter laptop yang biasa. Hari ini masih lagi dalam sekmen "Bagaimana menyimpan adapter laptop" juga.. cuma yang lainnya adalah Adapater Mac.

Jom saya tunjukkan bagaimana caranya








Sekian dari saya setakat ini untuk cara menggulung adapter Mac. Harap dengan bantuan gambar rajah akan memudahkan lagi tutorial ini 

Cara meyimpan Adapter laptop dengan betul

Cara meyimpan Adapter laptop dengan betul

ramai pengguna laptop di malaysia masih belum tahu tentang cara bagaimana nak menyimpan adapter laptop dengan betul. Adapter charger berfungsi untuk membekalkan kuasa atau cas untuk alat-alat elektronik seperti laptop dan sebagainya. Seperti komponen dan perkakasan laptop yang lain, adapter charger juga perlulah dijaga dengan baik agar ianya boleh digunakan dalam jangka masa yang lama. Dan yang paling penting, jauhkan adapter charger laptop anda dari tempat yang berdekatan dengan air. Ingat tu!
Kebanyakkan pengguna Laptop menggulung adapter dengan cara yang salah.


Tapi tahukah anda, ramai yang tidak tahu dengan cara menyimpan yang salah juga, ianya boleh merosakkan adapter charger anda seperti gagal berfungsi dengan baik dan yang lebih teruk lagi kerosakkan fizikal seperti getah penebat terkoyak yang mana boleh mengakibatkan RENJATAN elektrik terutama kepada pengguna atau pun anak-anak kecil yang bermain-main berdekatan laptop anda. Malah boleh juga mengakibatkan PEMBAZIRAN arus elektrik 



Maksud menyimpan di sini bukanlah bagaimana cara anda letak atau susun adapter tersebut, tapi cara anda menggulung wayarnya. 


Jadi hari ini saya nak menunjukkan cara yang betul untuk anda semua menyimpan adapter laptop anda




Dalam video ini, anda akan didedahkan dengan kaedah yang betul dan selamat. Semoga video ini memberi manfaat kepada anda semua. - See more at: http://www.youtube.com/watch?v=sKlttFjySqM

[ Nak Jimat Kos membaiki Laptop ]

[ Nak Jimat Kos membaiki Laptop ]

hari ini OK Computer Solution Taiping ingin berkongsi dengan pengguna2 laptop di dunia cara bagai mana nk simpan laptop dgn betul kerana ramai pengguna laptop menyimpan laptop dengan cara yang salah di dalam bag.

memang ramai antara pengguna ambil mudah tentang perkara ini, tahukan anda kesilapan ini 
menyebabkan azab yang berat kepada anda. dan penyesalan yang anda tak dapat terima sampai mati.
Tahukah anda cara yang salah menyimpan adapter boleh menyebabkan screen laptop anda PECAH..
x percaya tgk video dan artikel di bawah ini..
>>>CLICK link ini
http://gudangadapterlaptop.blogspot.com/2014/01/cara-menyimpan-adapter-di-dalam-bag.html